Dalam kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi itu, 18 lagi pekerja turut mengalami sesak nafas, pedih mata dan muntah akibat terhidu gas amonia tersebut.

Difahamkan, kejadian kebocoran gas amonia melibatkan premis itu adalah yang kedua sebelum tahun ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamaruddin berkata, sejurus menerima panggilan, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 20 minit kemudian.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati bacaan gas amonia berada pada bacaan sangat tinggi iaitu 500PPM berbanding tahap normal,50PPM.

“Kita telah mengarahkan semua pekerja dan penghuni perumahan yang berada di kawasan sekeliling supaya keluar bagi memastikan mereka tidak terhidu gas tersebut.

“Setakat ini, keadaan di luar telah kembali normal, namun bacaan gas amonia dalam kilang masih lagi tinggi. Kita sedang berusaha menurunkan tahap bacaan gas amonia dengan melakukan semburan air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Azmel, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan lima yang cedera ke hospital yang sama bagi menerima rawatan sementara yang lain di bawa ke Hospital Shah Alam(6), Hospital Banting (4) dan Hospital Sungai Buloh(3). - UTUSAN ONLINE