Perkara itu disahkan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Sekolah (PIBG), Tan Lian Hee yang menjelaskan kesemua pelajar terbabit mengadu sesak nafas dan muntah.

Jelasnya, kesemua enam pelajar berusia 15 hingga 17 tahun itu dibawa ke Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi mendapatkan rawatan.

Isnin lalu, dua pekerja warga asing di kilang membuat ais maut selepas dilaporkan terhidu gas amonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE