Mustafar Ali
Mustafar Ali

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tawaran itu terbuka sehingga 31 Disember ini dan mangsa yang terlibat perlu membuat laporan polis selain membawa pasport yang rosak ke pejabat Imigresen di George Town atau Seberang Jaya.

Menurutnya, antara syarat lain yang dikenakan adalah pasport mangsa banjir itu masih belum tamat tempoh.

“Kita prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pulau Pinang jadi JIM menawarkan gantian pasport mangsa banjir secara percuma bermula esok hingga 31 Disember ini.

“Mangsa perlu membawa bersama pasport yang rosak serta membuat laporan polis sebagai bukti,” katanya selepas program walkabout misi cakna kebajikan pasca banjir di Bayan Baru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE