Ekoran daripada peristiwa itu, rusuhan telah berlaku dan walaupun pihak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir berkawal, tindak-tanduk perusuh berada di luar jangkaan.

Banyak harta benda musnah termasuk kereta dibakar dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turun padang untuk memadamkan kebakaran tercetus.

27 November 2018

Dalam pergolakan tersebut, terdapat kumpulan perusuh didakwa turut membelasah Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, sehingga tidak bermaya sebelum di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan rawatan dan kisah tersebut menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Adib dibawa ke hospital selepas menjadi mangsa rusuhan.
Adib antara individu yang menjadi mangsa rusuhan pada malam dia bertugas.

28 November 2018

Keesokan harinya, setelah perbincangan bersama empat pakar perubatan dibuat, Adib dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.33 malam.

Perbincangan itu telah dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan keputusan memindahkan Adib ke IJN adalah untuk memastikan mangsa diberi rawatan sewajarnya.

Adib dipindahkan ke IJN
Adib dipindahkan ke IJN untuk rawatan susulan.

11 Disember 2018

Setelah beberapa hari terlantar di IJN, Adib mula menunjukkan reaksi positif. IJN juga memaklumkan Adib tidak lagi memerlukan mesin ECMO untuk membantu pernafasannya.

Selain itu, pasukan doktor di IJN juga mengalihkan mesin sokongan jantung selepas jantungnya boleh berfungsi de¬ngan sendiri pada awal bulan ini.

Berita tersebut member khabar yang cukup bermakna buat ahli keluarga Adib termasuk tunangnya, Nurul Najihah dan juga rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Adib.

Respon positif yang ditunjukkan Adib memberikan khabar yang cukup gembira buat ahli keluarga, tunang
Respon positif yang ditunjukkan Adib memberikan khabar yang cukup gembira buat ahli keluarga, tunangnya serta seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes ini.

15 Disember 2018

Namun begitu, sinar muncul hanya seketika apabila Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira pukul 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.

Muhammad Adib kembali kritikal pada 16 Disember 2018
Muhammad Adib kembali kritikal pada 15 Disember 2018

17 Disember 2018

Lebih memilukan, Muhammad Adib yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Disember ini dikhabarkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam.

Nurul Najihah tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim meratapi jenazah tunang beliau
Nurul Najihah tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim meratapi jenazah tunang beliau jam 7.20 pagi untuk diterbangkan ke kampung halamannya di Kuala Kedah menggunakan Helikopter bomba di AIROD Subang.

18 Disember 2018

7.20 pagi : Jenazah mula dibawa keluar dari HKL.

Jenazah Allayarham Adib
Jenazah Allayarham Adib

7.54 pagi : Van jenazah yang membawa anggota bomba, Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya iaitu Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan menaiki helikopter Mi17-iv untuk proses pengkebumian.

Penerbangan memakan masa kira-kira dua jam sebelum dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah.

Anggota bomba menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Adib
Anggota bomba menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Adib

10.55 pagi : Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib tiba di kampung halamannya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Lebih 500 penduduk dan saudara-mara serta sahabat-handai menyambut ketibaan Allahyarham Muhammad Adib di padang sekolah tersebut sebelum turut ke rumahnya bagi memberikan penghormatan terakhir.

ANGOTA Bomba dan Penyelamat membawa jenazah Muhammad Adib Mohd. Kassim yang tiba di Sekolah Kebangsa
ANGOTA Bomba dan Penyelamat membawa jenazah Muhammad Adib Mohd. Kassim yang tiba di Sekolah Kebangsaan Tebengau untuk dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tebengau Tepi Laut di Kuala Kedah, Kedah, hari ini.

1.45 petang : Cuaca redup mengiringi perjalanan terakhir wira negara, Muhammad Adib  yang diselamatkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau.

Jenazah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Selangor itu selamat dikebumikan selepas Zohor dan dihadiri ahli keluarga terdekat dan ribuan penduduk setempat serta kenalan-kenalan lain.

Suasana sayu menyelebungi upacara pengkebumian tersebut apabila bapa, Mohd. Kassim; Ibu, Asma Aziz serta tunang Muhammad Adib dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata saat menatap pusara insan kesayangan mereka itu.

Imam Masjid As-Saadah, Zainuddin Hassan membaca talkin selepas jenazah Anggota Jabatan Bomba dan Pen
Imam Masjid As-Saadah, Zainuddin Hassan membaca talkin selepas jenazah Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd. Kassim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Jenazah Muhammad Adib sebelum itu disembahyangkan untuk kali terakhir di Masjid Al- Saadah di sini yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Allahyarham.

Setelah 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu, Allahyarham Muhammad Adib pergi bertemu ilahi dan diratapi seluruh negara. - UTUSAN ONLINE