Kejadian berlaku pukul 5.30 pagi, kira-kira lima kilometer dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa itu tidak mengakibatkan kecederaan pada pemandu serta 32 penumpang bas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pemandu bas yang dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik, tidak sempat membrek lalu melanggar haiwan berkenaan ketika menuruni bukit.

“Gajah yang berusia kira-kira 12 tahun itu tiba-tiba keluar dari kawasan hutan.

“Selepas dirempuh, haiwan tersebut rebah dan bangun semula namun kemudiannya mati,” katanya hari ini.

Menurutnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE