Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed berkata, mangsa, Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin dan anak saudaranya, Mohamad Huzaifah Ahmad, 38, menaiki sampan itu untuk meninjau pekerja mereka di tengah laut.

“Mangsa dilaporkan menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang.

“Bagaimanapun, ketika anak saudaranya itu hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh pada kedalaman lima meter,” katanya di sini hari ini.

Syed A. Jamaluddin berkata, anak saudara ahli perniagaan itu cuba menyelamatkannya namun gagal disebabkan keadaan ombak besar. - UTUSAN ONLINE