Dalam kejadian pukul 11.23 pagi itu, penunggang motosikal. Muhammad Farid Mat Sambilan, 32, dan pemandu kereta, Shariff Abd. Karim, 73, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan berlaku apabila kereta dipandu warga emas itu membuat pusingan U di tempat kejadian.

“Kedua-dua kenderaan dari arah yang sama itu berlanggar setelah pemandu kereta itu membuat pusingan U setiba di tempat kejadian.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu motosikal terbabit gagal mengawal kenderaan lalu merempuh sisi kenderaan berkenaan. Pelanggaran yang kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE