Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Shirlime Raga, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Thomas Bigau bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 4.36 pagi.

“Tiba di lokasi pada pukul 4.41 pagi, sebuah kereta jenis Perodua ViVa dilihat terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Terdapat seorang mangsa masih berada di bahagian hadapan tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mangsa tidak tersepit, namun sukar dibawa keluar dari kenderaan.

Katanya, bomba kemudian mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan menggunakan alat pengusung untuk diserahkan kepada pasukan perubatan.

Tambahnya, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE