Seorang rakannya, Muhammad Fakhri Haziq Abdul Rahim, 16, berkata, dia tidak menyangka status arwah: “Buat baik dengan orang tak susah, just (cuma) ber­kor­­ban sikit je.­ Mana tau orang yang kita korbankan­ untuk dia, dia tulah yang akan uruskan­ jena­zah kita ka­­lau kita su­dah tiada nan­ti”, merupakan­ petanda rakan­nya akan pergi buat selamanya.

Ujarnya, mangsa juga menunjukkan kelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

“Saya tidak menyangka status terakhir Muhammad Faez akan menjadi kenyataan.

“Kini kami sama-sama (rakan-rakan) menyempurnakan je­nazahnya. Malam sebelum kejadian, arwah turut berpesan kepada saya agar menjaga diri baik-baik kerana dia tahu saya sedang berada dalam kesukaran,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmond Bajah berkata, mangsa ditemukan lemas pukul 1.45 pagi ini di Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi.

“Mangsa dipercayai mandi di kawasan berkenaan bersama tujuh rakannya sebelum hilang. Misi mencari dan menyelamat dijalankan pihak bomba dan polis,” katanya.