Difahamkan, ketika kejadian, pemilik kenderaan terbabit sedang mengundi di pusat pengundian berhampiran.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.37 tengah hari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran cuba dipadamkan oleh orang ramai menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya.

“Ketika tiba, enjin kenderaan terbabit sedang terbakar dan kita telah memadam api dengan menggunakan satu aliran hos,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE