Kebakaran kira-kira pukul 8.30 pagi itu dipercayai tercetus daripada api dapur salah sebuah gerai yang beroperasi ketika itu sebelum menyambar ke deretan gerai lain yang belum dibuka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cukai, Penolong Penguasa Mohd Zailani Abdullah memberitahu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan setelah peniaga dan pelanggan di gerai berkenaan sempat menyelamatkan diri sebelum api marak.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.35 pagi dan berjaya mengawal keadaan dalam tempoh 10 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.15 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan jumlah kerugian difahamkan mencecah RM500,000.- UTUSAN ONLINE