Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.11 petang.

Menurutnya, kejadian melibatkan empat orang yang menaiki kereta Proton Waja dan dua pengguna bermotosikal.

"Kenderaan mereka terperangkap dalam banjir ketika melalui laluan rendah yang dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

"Banjir berpunca dari parit yang berdekatan dan semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan jaket keselamatan," katanya di sini.

Menurutnya, sebuah lori treler yang dinaiki dua individu turut terperangkap dalam banjir namun mereka mahu menunggu air surut. - UTUSAN ONLINE