Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibongan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kanibongan, SK Dalas, Kusilad, Sosop dan Pandan Mendamai.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan, banjir sejak petang kelmarin turut mengakibatkan sebanyak sembilan buah kampung dinaiki air, sekali gus menjejaskan aktiviti harian penduduknya.

“Kampung yang terlibat iaitu Rukom Ulu, Salimpodon Darat, Sibaung, Kebatasan Laut, Sulakolung Kanibongan, Kutoyon Kanibongan, Masin Besar Kanibongan, Kanibongan dan Mandamai.

“Bagaimanapun, setakat pukul 11.02 pagi ini, hanya penduduk dari Kampung Rukom Ulu yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan SK Rukom,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, paras air di Sungai Bengkoka dan Kebatasan masing-masing meningkat ke tahap amaran iaitu 3.78 meter dan 5.95 meter manakala laluan di Jalan Ladap – Kinangoh tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan disebabkan banjir berkenaan.

Dalam pada itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pitas telah dibuka pada pukul 9 pagi ini dan orang awam boleh menghubungi talian 088 615520 untuk sebarang aduan atau maklumat berkaitan banjir. – UTUSAN ONLINE