Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, panggilan kecemasan tersebut diterima kira-kira pukul 3.04 petang.

"Dua jentera bersama sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih pergi ke lokasi kejadian.

"Kesemua mereka bagaimanapun ditemukan selamat selepas 30 minit mendaki di tingkat satu bukit terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Alimaddia, mangsa yang terlibat ialah Affies Zulkipli, 42; Issa Zulkipli, 33; Muhammad Khairi Amran, 26; Muhammad Izzat Zainal, 25; Muhammad Harris Hamdani, 24 dan Afique Hamani Affies, 12.

Tambahnya, kesemua mereka yang menetap di Taman Kajang Utama telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE