Insiden mendebarkan yang berlaku secara tiba-tiba pada pukul 7.15 pagi itu menyebabkan enam mangsa terkandas di atas bot sementara menunggu bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 pagi, pihaknya segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan melibatkan sebuah bot peronda.

Katanya, operasi SAR berjalan lancar apabila keenam-enam mangsa berjaya ditemukan di kedudukan enam batu nautika arah tenggara Pulau Daat di perairan Labuan kira-kira pukul 8.50 pagi.

"Ketika ditemui kesemua mangsa berusia antara 43 hingga 59 tahun itu berada dalam keadaan stabil. Bot mereka seterusnya ditunda ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mangsa merupakan warga tempatan yang dikenali sebagai Mohd. Faizal Jani, 50; Abd. Kadir Kula, 59; Khalid Johari, 52; Haidi Entoh, 43 ; Talib Arameh, 39 dan Jasni Abai, 49. - Utusan Online.