Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ketika kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berusia 50 tahun tersebut mendakwa keadaan jalan adalah licin berikutan hujan.

“Kesemua motosikal berkenaan diletakkan di bahu jalan lebuh raya manakala penunggangnya berteduh di bawah jambatan di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azman, pihaknya hanya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6.20 petang selepas pemandu pacuan empat roda terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Rawang.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE