Ketika kejadian pukul 2.45 petang itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan dua buah lori.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta di hadapannya.

“Ekoran daripada itu menyebabkan kereta terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar empat buah lagi kenderaan.

“Kejadian menyebabkan aliran trafik bertambah sesak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohammad Azlin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE