Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba [email protected] Musa bagaimanapun berkata, buat masa ini masih belum ada petunjuk tentang punca kebakaran dan jika ada unsur khianat perkara itu akan diserahkan kepada polis.

“Di pihak kami (Bomba dan Penyelamat), kami memang akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kebakaran termasuklah kemungkinan litar pintas atau sebagainya.

“Namun setakat ini kita masih mengenalpasti punca sebenar kejadian itu termasuk jumlah kerugian yang dialami,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, enam buah premis masing-masing melibatkan lima kedai barangan elektrik dan sebuah kedai pekakasan musnah sepenuhnya selepas dijilat api.

Kejadian itu berlaku tidak berapa lama selepas kesemua pemilik kedai berkenaan menutup operasi masing-masing dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE