Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, seramai 323 mangsa daripada 88 keluarga dipindahkan di lima pusat pemindahan sementara bermula pukul 5 pagi ini.

Katanya, kampung terlibat ialah Kampung Kurnia, Kampung Jawa, Kampung Bukit Serdang, Kampung Sepayang, Kampung Batu 8 dan Kampung Kasing.

“Pusat pemindahan yang dibuka adalah di Balai Raya Setajam, Dewan Teluk Gading, Balai Raya Kampung Sepayang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pontian Jaya dan Dewan Kampung Pianggu,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pihaknya meneruskan aktiviti pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air dan bersiap siaga memindahkan mangsa banjir. - UTUSAN ONLINE