Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah lori yang terbabas dipercayai brek kenderaan itu tidak berfungsi sebelum merempuh 14 kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat jalan berkenaan.

“Seramai enam yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.