Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke arah Sungai Besar sebelum terbabas ke lorong bersebelahan dan merempuh bahagian hadapan treler terbabit yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia dikenali Abd. Rahim Abd. Ghani, 61, dan isteri, Siti Fatimah Amat, 55, serta anaknya, Munira Abd. Rahim, 30 manakala bayi terbabit dikenali sebagai Aniq Anaqi Mohammaf Fazzli.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan kesemua mangsa dipercayai berasal dari Tanjung Karang itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat pelanggaran berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal kita terima, tiga mangsa (Abd. Rahim, Siti Fatimah dan Munira) meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi terbabit meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ),” katanya. - UTUSAN ONLINE