Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Saga, Lai Wui Lun, 21, penum­pangnya, Chen Mun Li, 20, Chong Yoong Hong,20, dan Chang Thung Yuen, 22 tahun,

Seorang lagi rakan mereka, Ong Hui Chen, 16, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian pada pukul 3.55 pagi membabitkan Proton Saga BLM dan Toyota Hilux itu turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda terbabit patah tangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu Toyota Hilux, V. Rajan, 46, yang datang dari Rawang menuju ke Batang Kali melihat Proton Saga dari arah bertentangan telah masuk ke laluannya.

“Pemandu tersebut cuba mengelak kereta berkenaan tetapi tidak sempat dan bahagian hadapan kedua-dua kereta tersebut bertembung.

“Dalam kemalangan itu, pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga maut di tempat kejadian manakala dua penumpang belakang kereta meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bhak Pai, pemandu Toyota Hilux pula dihantar ke KPJ Rawang untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.