Rumah-rumah papan tersebut yang rapat antara satu sama lain dan jenis separuh kekal musnah hampir 90 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri sebelum penduduk setempat menghubungi pihak bomba.

Empat rumah setinggan musnah terbakar
EMPAT buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Susur 1, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, petang tadi. - UTUSAN ONLINE/Ihsan JBPM

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrul Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.42 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai 22 anggota dengan tiga jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) terlibat dalam operasi.

“Kebakaran dapat dikawal dan operasi tamat pukul 5.30 petang. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE