Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Api dapat dikawal pada pukul 9.17 pagi dan dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya sambil memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE