Dalam kejadian pada pukul 1.10 pagi itu, penumpang yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berusia 66 hingga 79 tahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, bas membawa 22 penumpang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun itu dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, tiada kecederaan serius dilaporkan dan pemandu bas juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati rempuhan dari arah belakang itu berlaku di lorong kiri ketika lori bergerak perlahan. Pemandu lori tidak berhenti di lokasi dan usaha mengesan kenderaan itu kini dijalankan.

“Kerosakan hanya melibatkan bahagian depan bas iaitu cermin hadapan pecah, lampu serta cermin sisi rosak,” katanya. - UTUSAN ONLINE