Ketua Polis Daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu bas berkenaan yang dipercayai mengantuk melanggar bahagian belakang lori balak dari Jerantut ke Gua Musang.

"Pelanggaran itu mengakibatkan empat penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE