Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, pemandu kereta Proton Wira berusia 40-an cedera parah akibat tersepit di bahagian kaki manakala isterinya berumur 40-an dan anak lelakinya berusia 10 tahun cedera ringan.

Difahamkan, pemandu kereta jenis Honda berusia 50-an serta dua penuntut sebuah kolej berusia 20-an yang menaiki motosikal Yamaha Nouvo LC turut parah dalam kemalangan itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd. Razak Abd. Rahman berkata, seramai lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.10 malam.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati pemandu kereta Proton Wira tersepit di bahagian kaki.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mengalihkan kenderaan," katanya di sini.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital  Tuanku Ja'afar untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE