Kesemua mangsa maut selepas tersepit di dalam van yang diseret di bawah lori sejauh beberapa meter sehingga termasuk ke dalam longkang berhampiran.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, pihaknya mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

“Pasukan bomba memerlukan bantuan tiga buah kren untuk mengalihkan lori yang menghempap van tersebut,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Maklumat lengkap tentang semua mangsa masih belum diterima setakat ini. - UTUSAN ONLINE