Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, dua lelaki masing-masing pemandu treler dan pemandu kereta serta seorang wanita dan kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang bayi cedera parah dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan kecemasan.

Katanya, operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas itu dilakukan pihak bomba dan mayat mereka turut dihantar ke Hospital Gerik.

"Pihak polis masih mengawal lalu lintas di tempat kejadian," katanya. - UTUSAN ONLINE