Al-Jazeera melaporkan, dua orang terbunuh dan lima cedera semalam akibat dihempap pokok tumbang, manakala seorang mangsa berusia 15 tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang.

Selain itu, seorang kanak-kanak juga terkorban apabila dinding rumah keluarganya runtuh pada awal pagi ini.

Hujan lebat yang melanda juga meruntuhkan beberapa dinding lain di kawasan Wadala sehingga merosakkan kira-kira 15 buah kenderaan. – AGENSI