Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, tiga buah kereta terbakar 100 peratus dan sebuah lagi terbakar 30 peratus sahaja.

Komanden Operasi Zairul Afzan Ishak berkata, setiba di lokasi didapati kenderaan tersebut yang diletakkan di hadapan sebuah bengkel kenderaan sedang marak terbakar.

“Seramai 11 anggota termasuk seorang pegawai dan tiga jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan telefon pada pukul 4.24 petang,” katanya.

Menurut Zairul, anggota yang bertugas bertindak membuat pemadaman sehingga api yang sedang marak terpadam sepenuhnya.

“Sejurus api padam sepenuhnya anggota bomba bertolak pulang dan siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca kebakaran itu berlaku,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE