Kawasan terlibat ialah Bercham, Kampung Tawas Sri Klebang, Kampung Sri Kinta dan Taman Desa Tasek Bakti yang dinaiki air sedalam kira-kira tiga meter.

Setakat ini keadaan terkawal dan paras air semakin menurun di semua kawasan terlibat.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, lebih 100 buah rumah di Bercham terjejas akibat banjir kilat.

“Banjir semakin surut dan operasi pemantauan sedang dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE