Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan berkata, seramai 25 pegawai dan anggota bomba dari Rembau, Senawang dan Tampin bergegas ke lokasi bersama empat jentera sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan lanjut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE