Menurut kenyataan dikeluarkan oleh APM negeri, ketika kejadian pukul 10 pagi, ambulans dari daerah ini itu sedang dalam perjalanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Beseri sebelum itu.


Kata kenyataan tersebut, berikutan itu, tiga anggota APM di dalam kenderaan berkenaan mengalami kecederaan ringan iaitu Lans Koperal (PA) Norashima Rashid; Prebet (PA) Mohd. Shazwan Shafie dan Prebet (PA) Ahmad Azwan Abu Bakar.


“Ketiga-tiga anggota APM yang cedera itu termasuk seorang daripadanya mengalami kecederaan di bahagian pinggang dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan lanjut.


“Kes kemalangan di Jalan Beseri pula telah diambil alih oleh APM Padang Besar bagi menggantikan perkhidmatan ambulans yang terbabit dalam nahas itu,” kata kenyataan itu lagi. - UTUSAN ONLINE