Kejadian yang berlaku pukul 2 pagi itu susulan hujan lebat berterusan menyebabkan laluan di kawasan tersebut mengalami hakisan tanah runtuh.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar menggunakan jalan alternatif FT66, Jalan Sungai Sam-Dabong.

"Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan, " katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE