Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata,  kejadian pada  kira-kira pukul 10.30 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd. Fadzil Saidin, 30, maut di tempat kejadian.

Menurutnya,  kejadian berlaku ketika mangsa yang berasal dari Taman Serai Jaya di sini dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Mangsa cuba mengelak bangkai anjing di kiri jalan lalu terbabas dan terjatuh di tengah jalan.

"Dalam masa sama, sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang pegawai perubatan berusia 33 tahun yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar mangsa," katanya hari ini. - UTUSAN ONLINE