Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, langkah itu ialah bagi memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan bagi mengatasi musim kemarau panjang sekarang, menghindari panas melampau dan agar cuaca kembali pulih seperti sedia kala.

"Saya meminta masjid utama di bawah kelolaan Jakim seperti Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (kedua-duanya di Putrajaya) serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Istisqa'.

"Di samping itu saya memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia agar dapat mengadakan solat Istisqa' di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Fenomena cuaca panas akibat gelombang haba dan El Nino yang melanda negara dijangka berlanjutan hingga bulan Jun ini. - BERNAMA