Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, setakat ini, identiti mangsa hanya dikenali sebagai Chen Xi dan Ren Cheng.

"Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, dua lagi lelaki warga China, Duan Feng dan Zhang Jian Zheng serta pemandu bot warga tempatan Mohd. Yusdi Mohd. Yusof, 38, selamat. 

"Operasi awal mencari dan menyelamat menggunakan dua bot fiber penduduk kampung," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Mohd. Sani berkata, operasi mencari melibatkan 11 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Indera Mahkota dan Kuantan, selain disertai 10 anggota polis. - UTUSAN ONLINE