Mereka yang maut terdiri daripada penunggang motosikal yang juga seorang pemastautin tetap iaitu Sutiono Nuryasin, 51, serta pemboncengnya, Nuril Anwar, 49.

Sutiono yang cedera parah di bahagian kaki dan kepala disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang manakala Nuril pula meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala.

Pemandu kereta tersebut yang berusia 25 tahun bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan kejadian dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE