Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa yang menaiki kereta Proton Gen2 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Setakat ini, identiti mangsa yang meninggal dunia itu masih belum diketahui selain empat yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 7.49 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat enam mangsa di dalam kenderaan tersebut dengan empat daripadanya adalah wanita dan dua orang kanak-kanak.

Difahamkan semua mangsa bukan merupakan penduduk setempat dan dipercayai bercuti ke negeri ini. - UTUSAN ONLINE