Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua termasuk bayi maut kemalangan

Lipis maut
ANGGOTA bomba dan penyelamat Lipis mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk kereta Toyota Vios sebelum dihantar ke Hospital Lipis dalam kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 7 Jalan Lipis - Merapoh berdekatan Kampung Tempoyang, di sini pada pukul 4.20 pagi (tadi) hari ini. -UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

LIPIS 20 Mac - Dua orang termasuk seorang bayi berusia sebulan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 7, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Kampung Tempoyang, di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pukul 4.20 pagi itu ialah Muhammad Syafiq Khor Abdullah, 45, yang merupakan seorang mualaf dan seorang bayi, Muhammad Nur Rayyan Suhaimi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Merapoh menghala ke Lipis menaiki kereta jenis Toyota Vios dipandu bapa bayi berkenaan, Suhaimi Mohamed, 40, bersama seorang lagi penumpang, Nor Faizula Md. Yusoff, 26,

“Mereka dikatakan baru sahaja selesai menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke Puchong, Selangor.

“Namun apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Suhaimi terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Pada masa sama, sebuah kereta yang juga daripada jenis Toyota Vios dari arah bertentangan gagal mengelak dan bertembung dengan kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azry Akmar, akibat perlanggaran itu, Muhammad Syafiq Khor yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ujarnya, Muhammad Nur Rayyan yang dipangku Nor Faizula di bahagian penumpang hadapan pula terlepas dari pegangan ibunya dan tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

“Bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia di unit kecemasan hospital itu,” ujarnya.

Jelas Azry Akmar, pemandu sebuah lagi kereta Toyota Vios berusia 41 tahun yang bekerja sebagai penyelia ladang sawit patah kaki kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Katanya, Nor Faizula turut menerima rawatan di hospital sama manakala Suhaimi hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mayat dibawa ke rumah mayat Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain