Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa Nuur Alihadi Syuhibbulaswa bin Mohd Sofian, 19, dan Mimi Mariam, 15, maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.30 pagi berkaitan kemalangan melibatkan kereta yang dinaiki enam orang yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Mayat kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan mangsa lain turut menerima rawatan di hospital sama.- UTUSAN ONLINE