Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang.

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu dari Kelantan telah terbabas ke sebelah kanan jalan dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter.

"Dua lelaki terbabit tidak tersepit dalam kereta dan  hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anggota membantu menaikkan mangsa ke tebing dengan cara memapah melalui longkang bertingkat. Kedua-dua mereka diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan," katanya.-UTUSAN ONLINE