Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahmi Othman, 18, meninggal dunia di tempat kejadian sementara rakannya, Mohammad Naqib Ahamad, 18, di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Seta, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Fahmi dari arah bandar menuju ke Kuala Kedah dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan besi pembahagi jalan dan terbabas memasuki arah bertentangan.

“Ia mengakibatkan pelanggaran dengan sebatang pokok di kiri bahu jalan. Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.

“Hasil pemerhatian segala kesan kemalangan dan kerosakan dipercayai kereta itu dipandu dalam kelajuan yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE