Mangsa, Mohd. Ali Awang, 36, dan Abdullah Abdul Ghani, 19, dikatakan memukat ikan di kawasan ladang kelapa sawit yang ditenggelami air.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia nege­ri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada pukul 8.50 pagi sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.

“Kawasan ladang kelapa sawit itu didapati dilimpahi air dari Sungai Jempol berhampiran. Mangsa dipercayai termasuk ke dalam kolam yang terdapat di ladang berkenaan ketika memukat ikan.

“Kedua-duanya ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari ini dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Sani menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka de­ngan keadaan sekeliling sebelum melakukan sebarang aktiviti se­perti memancing terutama pada musim hujan.