Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, penunggang motosikal, Mohamad Akmal Mohd. Hamzah, 14, dan pembonceng, Amirul Mustaqim Mohamed, 16, terpelanting jauh selepas melanggar dengan MPV jenis Toyota Inova dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kedua-dua mangsa juga dipercayai tidak memakai topi keledar dan berasal dari Kampung Gong Kuim, dekat sini.

“Ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

“Pemandu MPV, Muhammad Nor Ikhwan Akmal Abdul Amidin, 25, dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan pesakit luar selepas mengalami sakit dada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Tambahnya, mayat remaja terbabit dihantar ke unit Forensik HTA untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkitan Jalan (JPJ) 1987. - UTUSAN ONLINE