Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, Mohd. Zairry Xdry Alias, 18, berasal dari Desa Wawasan Kampung Pianggu dan rakannya, Mohammad Suffian bin Mohamad Not, 17, berasal dari Kampung Pianggu, Endau, Rompin maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, ketika kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Mohd. Zahiruddin Zaini, 38, yang dalam perjalanan menghala ke Johor Bharu dari Kuantan berhenti untuk masuk simpang di kanan jalan.

“Pada masa sama, mangsa yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang pacuan empat roda berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, kedua-dua mangsa terpelanting dan terjatuh di atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Azry berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE