Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semasa kedua-dua remaja tersebut menaiki motosikal Honda EX5, dipercayai secara melawan arus di jalan tersebut untuk mengikut jalan pintas ke pusat bandar di sini.

Mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Alif Asyraf Sebdil, 16, dan rakannya, Muhammad Danial Syukur Yusri, 13, akibat kecederaan parah pada pelbagai anggota badan.

Pemandu dan penumpang Honda City itu walau bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan setelah kenderaan terbabit terbabas lalu terhumban ke dalam parit di tepi jalan.

Mayat kedua-dua mangsa yang pemandu serta penumpang kereta itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Deputi Superintenden Rusli Yahaya ketika ditemui mengesahkan kejadian itu. - UTUSAN ONLINE