Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang maut itu ialah pemandu, Chu Ling Yam, 47, dari Lunas, Kulim merupakan seorang peniaga dan seorang kontraktor, Haw Keang Hong, 34, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurutnya, kedua-dua rakan tersebut yang menaiki kereta Toyota Camry sebelum itu menghadiri satu majlis perkahwinan rakan di Arau, Perlis.

“Kemalangan tersebut berlaku selepas pemandu kereta terbabit, Ling Yam dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya itu ketika hujan sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

“Ling Yam disahkan mati di tempat kejadian manakala Keang Hong pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra,” katanya ketika ditemui di Jitra dekat sini hari ini.

Jurucakap polis itu memberitahu, mayat kedua-dua mangsa terbabit selepas itu dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian. - UTUSAN ONLINE