Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Alif Mustaqim Aizuddin dan Muhammad Zahin Abdullah, masing-masing berumur 16 tahun maut selepas terlanggar kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu yang berhenti di laluan berkenaan.

Difahamkan mangsa yang keluar bersama beberapa rakan lain dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dekat sini.

Menurut pemandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Muhammad Naim Rosli, 20, dia berhenti di laluan kecemasan itu kerana mencari lokasi rakan yang terlibat dalam kemalangan di kawasan berdekatan.

“Ketika menunggu di laluan tersebut saya terkejut melihat rempuhan berlaku depan mata saya.

“Sebelum kemalangan itu terdapat satu kemalangan lain membabitkan tiga motosikal di kawasan terbabit dan saya datang untuk memberi bantuan selepas mendapat panggilan daripada rakan,” katanya.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE